KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel di sebuah pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kampung Gentisan, di sini, awal semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Kalsom Idris berkata, kejadian kira-kira 3 pagi itu disedari penduduk kampung setelah mendengar dentuman kuat sebelum bekalan elektrik terputus.
Beliau berkata, penduduk kemudian terdengar suara orang menjerit meminta tolong sebelum menemukan seorang lelaki berusia 30-an dalam keadaan lemah sambil meraung kesakitan dengan kesan kulit terbakar.
"Seorang lagi rakannya dipercayai turut cedera namun sempat melarikan diri sebelum polis tiba," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, lelaki yang melecur tahap dua hingga tiga di bahagian muka, leher, bahu dan tangan itu dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Kes lelaki cedera terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel di pencawang SESB awal pagi semalam disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam. - Gambar hiasan
Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di Kedutaan AS
Ribuan orang membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100 Ribu Bela Palestin pada petang Sabtu.
Fahmi minta Wan Saiful fikir dahulu sebelum keluar kenyataan
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Ada usaha kurangkan majoriti, UMNO pertahankan kerajaan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan wujud usaha untuk mengurangkan dua pertiga majoriti kerusi yang dimiliki oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat ketika ini.
Dua lagi polis berpangkat Inspektor, Sarjan ditahan
Dua lagi polis berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Imigresen Pahang tahan 30 pendatang asing tanpa izin
Mereka ditahan dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa rumah sekitar daerah Kuantan pada semalam hingga awal pagi tadi.
AWANI Borneo [04/05/2024] – Sindiket dadah | Iktiraf sebagai wilayah | Kualiti hidup sihat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar.
#AWANIBorneo 4 Mei 2024
- Kastam tahan lelaki cuba seludup lebih lima kilogram dadah di Tawau
- Gugurkan perkataan 'negeri' apabila merujuk kepada Sarawak
- Tiga lagi Wellness Hub dibina di Sabah
#AWANInews
#AWANIBorneo 4 Mei 2024
- Kastam tahan lelaki cuba seludup lebih lima kilogram dadah di Tawau
- Gugurkan perkataan 'negeri' apabila merujuk kepada Sarawak
- Tiga lagi Wellness Hub dibina di Sabah
#AWANInews
FDAM galakkan ahli mencarum SKSPS - Afdlin
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggalakkan kesemua ahlinya menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso.
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
Hamidin wajar terus diberi kepercayaan pimpin FAM - Zainal Abidin
Datuk Zainal Abidin Hassan merasakan Datuk Hamidin Mohd Amin wajar terus diberi kepercayaan menduduki kerusi nombor satu FAM.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Datang jumpa MIC kalau masalah masyarakat India masih tak selesai'
MIC sedia membantu kebajikan masyarakat India di KKB meskipun calon yang akan bertanding dalam PRK di kawasan itu bukan daripada komponen BN.
Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas
Hasil serbuan pihak polis di tiga lokasi yang berasingan pada Isnin telah membawa kepada tangkapan kesemua suspek.