Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kabel dan pecah rumah yang bergiat aktif di kawasan Petaling Jaya Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner berkata, hasil serbuan pihak polis di tiga lokasi yang berasingan pada Isnin telah membawa kepada tangkapan kesemua suspek.
"Tangkapan pertama dilakukan di lobi bangunan KLK Mutiara Damansara dan hasil siasatan mendapati dua suspek ini mengaku jalankan kegiatan curi kabel di bangunan tersebut sebelum dijual di kawasan Puchong.
"Mereka direman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Polis yang bertindak atas laporan orang awam seterusnya melakukan serbuan di lokasi berasingan yang membawa kepada penahanan dua lagi individu bersama sebuah lori di pekarangan sebuah kuil di Sungai Wei.
"Dua daripada suspek yang ditahan berusia 27 dan 36 tahun ini ditahan bersama sebuah lori turut mempunyai 22 rekod jenayah lampau termasuk satu kes individu paling dikehendaki bersabit kes dadah.
"Kedua-dua suspek tersebut membawa kepada seorang lagi tangkapan suspek di premis besi buruk berusia 36 tahun, yang dikenali sebagai ‘Boy’ yang merupakan pembeli hasil kabel yang dicuri," katanya lagi.
Kedua-dua suspek tersebut yang mengakui bekerja bersama seorang individu yang dikenali sebagai Benet, 32 tahun, kemudian berjaya diberkas pihak polis bersama seorang lagi rakan sejenayahnya berusia 31 tahun mempunyai rekod kes samun sebuah tadika di Sungai Wei.
Kedua-dua mereka ditahan di Apartmen Seri Setia, Sungai Way dekat sini pada hari yang sama dan direman lima hari untuk disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Polis turut merampas beberapa peralatan untuk mencuri selain barangan curi antaranya 19 telefon bimbit, televisyen, dan komputer.
Hilmi Malik
Tue Apr 21 2020
![Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71587468972_curikabel.jpg)
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal (tengah) menunjukkan antara hasil rampasasan daripada kegiatan curi kabel dan pecah rumah
![Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737625822_AaronAgo.jpg)
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
![Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736406996_tbNikNazmiNikAhma.jpg)
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
![Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737625092_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
![Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732258013_TBlhdn.jpg)
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
![Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732745316_tbInternationalCrim.jpg)
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
![Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737650604_MichealMartin.jpg)
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
![Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71587468972_curikabel.jpg)
Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas
Hasil serbuan pihak polis di tiga lokasi yang berasingan pada Isnin telah membawa kepada tangkapan kesemua suspek.