awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki melintas landasan maut dilanggar kereta api

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2021
02:59 MYT
Lelaki melintas landasan maut dilanggar kereta api
Menurut polis, mangsa dipercayai dilanggar kereta api yang berada di laluan landasan KTMB dari arah Butterworth menghala Bukit Mertajam. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki tempatan meninggal dunia selepas dilanggar kereta api dalam kejadian di landasan Kilometer 4.5 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kawasan Perusahaan Perai dekat Kampung Jawa, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, lelaki berusia 40 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad, mangsa dipercayai dilanggar kereta api yang berada di laluan landasan KTMB dari arah Butterworth menghala Bukit Mertajam.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk saringan COVID-19 sebelum proses bedah siasat.
"Setakat ini, pihak kita mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Shafee menasihati orang ramai supaya tidak menceroboh masuk ke kawasan yang dipagari atau melintas di landasan kereta api kerana ia boleh membahayakan nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#dilanggar keretapi
#KTMB
#Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan