awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/03/2024
04:45 MYT
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat. - Astro AWANI
IPOH: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan anak perempuannya yang berusia 19 tahun.
Tertuduh berusia 38 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada enam anak itu didakwa merogol anak kandungnya di mana perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat dan kebiasaan yang terpakai untuk berkahwin.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak lebih 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa di lokasi sama pada jam 8.30 pagi, 20 Mac 2024.
Pendakwaan bagi kes ini dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu'aini Khalifah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh lain pada 17 April depan untuk hukuman dan fakta kes.
Topic Berkaitan
#rogol
#cabul
#anak kandung
#Anak perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan