KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap pertuduhan membakar Pondok Bit Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jelawat, Bachok, dua minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Zamri Mohd Zakariyah, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api dengan cara membakar pondok bit PDRM bertempat di Pondok Bit PDRM di Jelawat, Bachok, jam 2.20 pagi, pada 11 September 2021.
Mohd Zamri didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fariz Abd Ghani dan tertuduh diwakili peguam bela, Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar dan Husni Mubarak.
Terdahulu, Fariz dalam pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan memohon satu tarikh untuk serahan dokumen.
Bagaimanapun, Syed Muhammad Syafiq memohon satu jumlah jaminan yang minimum kerana tertuduh yang masih bujang hanya bekerja sebagai buruh dengan gaji RM60 sehari serta menanggung seorang ayah yang sudah uzur.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.
Muhafandi Muhamad
Wed Sep 22 2021
Mohd Zamri didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda. - Foto Astro AWANI
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Lelaki mengaku tidak bersalah bakar pondok polis
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap pertuduhan membakar Pondok Bit Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jelawat, Bachok, dua minggu lalu.