Skip to main content

Malaysia

Lelaki mengamuk disuruh tidak merokok, ugut bakar stesen minyak di Chukai

41558567224_terengganu.jpg
Pengguna di sebuah stesen minyak di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu  gempar apabila  seorang warga Bangladesh yang dipercayai mabuk bertindak cuba membakar stesen minyak pada malam Rabu.

Dalam kejadian kira - kira jam 9.30 malam itu, warga asing yang berusia lingkungan 30-an itu dikatakan berang selepas ditegur oleh orang ramai kerana hendak menyalakan sebatang rokok di stesen minyak berkenaan.

Suspek kemudiannya bertindak menghayunkan pam minyak tersebut kepada orang ramai yang cuba untuk menangkapnya.


Warga asing itu berjaya diberkas orang ramai selepas hampir setengah jam mengamuk. - Foto Astro AWANI

Beberapa pengguna yang berada di lokasi kemudiannya bertindak melarikan diri selepas suspek mengeluarkan pemetik api dan mengugut untuk membakar stesen minyak itu.

Bagaimanapun warga asing itu berjaya diberkas orang ramai selepas hampir setengah jam mengamuk.

Suspek kemudiannya dibawa  ke ibu pejabat polis daerah kemaman untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Must Watch Video