awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes bunuh, tikam mangsa 12 kali: Suspek pakai pelitup muka, 'hoodie' masih diburu
Uqasha Senrose, Kamal Adli sah cerai talak satu
Rakyat Malaysia di Narathiwat digesa patuhi perintah berkurung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki menyamar anggota bomba perdaya orang ramai - JBPM Selangor

Bernama
Bernama
28/08/2025
15:51 MYT
Lelaki menyamar anggota bomba perdaya orang ramai - JBPM Selangor
Suspek mendakwa boleh ditemui di BBP Kapar dan beberapa individu telah menghubungi balai berkenaan untuk mencarinya selepas ditipu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota bomba bagi memperdaya mangsa mendapatkan wang.
Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata lelaki berkenaan dikesan menghantar mesej kepada mangsa melalui aplikasi TikTok, mendakwa terdesak meminjam wang serta memperkenalkan dirinya sebagai anggota bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar.
"Bagi meyakinkan mangsa, suspek mendakwa boleh ditemui di BBP Kapar dan beberapa individu telah menghubungi balai berkenaan untuk mencarinya selepas ditipu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Wan Md Razali berkata suspek turut memperdayakan sebuah kedai makan yang sering dikunjungi anggota bomba di Kapar dengan menghubungi premis itu untuk meminjam wang serta memberikan kod respons pantas (QR) atas namanya.
"Selain itu, suspek juga didakwa menghubungi empat kedai makan lain bagi membuat tempahan makanan palsu dengan menyamar sebagai anggota BBP Kapar," katanya.
Beliau berkata laporan polis berhubung kegiatan lelaki itu telah dibuat hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#menyamar anggota bomba
#penipuan
#pinjam duit
#mangsa kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan