awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu

Bernama
Bernama
14/01/2025
14:45 MYT
Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda Sahabat 6 pada Jumaat lepas. - Foto hiasan
LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda Sahabat 6 pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata suspek berumur 39 tahun itu ditahan kira-kira 3 petang selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kegiatan jenayah dilakukan lelaki berkenaan.
"Siasatan awal mendapati suspek merupakan bekas anggota polis bantuan yang bertugas di Tambisan disyaki menyamun untuk mendapatkan duit, suspek juga didapati memiliki pakaian polis serta senapang angin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata semakan polis juga mendapati suspek sebelum ini pernah melakukan beberapa kes pemerasan ugut.
Dzulbaharin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun tanpa senjata, Seksyen 170 kanun sama (menyamar sebagai penjawat awam) dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 (memiliki senjata senapang angin).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menyamar polis
#samun
#ditahan
#Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan