awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki miliki 12 rekod jenayah mati ditembak di Shah Alam - Polis

Bernama
Bernama
31/08/2023
08:46 MYT
Lelaki miliki 12 rekod jenayah mati ditembak di Shah Alam - Polis
Vijaya Rao berkata mangsa yang berusia 36 tahun itu mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Seorang lelaki yang memiliki 12 rekod jenayah lampau maut ditembak di kawasan rumah kedai dua tingkat di Jalan Hamzah Alang, Persiaran Hamzah Alang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S.Vijaya Rao berkata, bertindak atas maklumat, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bergerak ke lokasi kejadian pada 10.35 malam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati saksi awam telah terdengar bunyi beberapa das tembakan dan berlaku kemalangan (jalan raya) kecil di sekitar lokasi kejadian.
"Mangsa yang berusia 36 tahun itu mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.
"Polis juga masih lagi mengesan beberapa saksi bebas di tempat kejadian, selain mengesan bukti dan kamera litar tertutup di situ bagi mengesan suspek terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Vijaya Rao meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden itu agar menyalurkannya kepada IPD Klang Utara atau balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjenayah ditembak mati
#rekod jenayah
#Persiaran Hamzah Alang Shah Alam
#S Vijaya Rao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan