awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
AS tegaskan perlu milik Greenland, undang reaksi antarabangsa
Tentera Syria mulakan serangan terhadap SDF di Sheikh Maqsoud, Aleppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati

Bernama
Bernama
09/01/2026
09:25 MYT
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum mengambil kira faktor kesemua kesalahan yang dilakukan tertuduh berpunca daripada pengambilan dadah yang berpanjangan sebelum ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mencampakkan cucu lelaki tirinya dari tingkat tiga sebuah pangsapuri sehingga mati, enam tahun lepas.
Hakim K. Muniandy yang kini Hakim Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman itu terhadap penganggur Ibekwe Emeka Augustine, 48, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Pada 18 Dis 2020, Augustine didakwa membunuh cucu lelaki tirinya berusia empat tahun di sebuah unit pangsapuri di Setapak, dekat sini, antara 7.45 pagi hingga 8.15 pagi, 29 Nov 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 sebatan.
Augustine turut didapati bersalah atas empat pertuduhan, iaitu cuba membunuh anak lelaki kandungnya, menyebabkan cedera parah terhadap isterinya, cubaan bunuh diri dan melakukan serangan seksual terhadap anak tiri perempuan pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Bagi empat pertuduhan itu, Hakim Muniandy memerintahkan tertuduh dihukum penjara serentak selama 14 tahun bermula tarikh tangkapannya pada 29 Nov 2020.
Ketika membacakan keputusan, Hakim Muniandy berkata semua kesalahan itu dilakukan dalam tempoh sehari, merangkumi 'serangan sumbang' tidak senonoh dan cubaan membunuh, sebelum tertuduh cuba membunuh diri.
"Semua perbuatan tidak berperikemanusiaan dan keji yang dilakukan tertuduh sepatutnya boleh dihentikan apabila isterinya cuba berbuat demikian, namun dia terus melakukan perbuatan itu selepas mencederakan isterinya sehingga parah.
"Mereka semua mengalami trauma akibat kejadian itu dan terpaksa melarikan diri dari rumah sebelum kejadian lebih mengerikan menimpa mereka, sebelum menemukan cucu maut selepas dicampakkan tanpa belas kasihan oleh tertuduh yang kemudiannya cuba membunuh diri," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zaileen Nadia Zubir dalam hujahan pemberatannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum mengambil kira faktor kesemua kesalahan yang dilakukan tertuduh berpunca daripada pengambilan dadah yang berpanjangan sebelum ini.
"Kes ini melibatkan empat mangsa, iaitu isteri, cucu tiri, anak tiri dan anak kandung, selain tertuduh sendiri mengakui dia mengalami skizofrenia akibat pengambilan dadah yang menyebabkan dia mendengar suara-suara di sekelilingnya.
"Berdasarkan keterangan sepanjang perbicaraan, tidak mungkin tertuduh hilang pertimbangan sepanjang masa kejadian kerana dia boleh memberi respon kepada pertanyaan isterinya dan turut meminta maaf atas kejadian yang berlaku," katanya.
Zaileen Nadia berkata, bagi kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mangsa iaitu seorang kanak-kanak digantung secara terbalik dengan kakinya, sebelum dicampak keluar tingkap oleh tertuduh.
"Perbuatan itu dilihat oleh ibu mangsa (anak tiri tertuduh) dan wanita itu cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut, namun tidak berjaya. Tertuduh juga bertindak melompat ke atas isterinya yang menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan serius sehingga patah tulang pinggul.
"Atas faktor-faktor ini, pihak pendakwaan memohon hukuman maksimum, iaitu hukuman gantung sampai mati, manakala hukuman penjara bagi empat kesalahan lain berjalan secara berasingan," katanya.
Sementara itu, peguam Zulkifli Awang yang mewakili Augustine memohon mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan tanpa hukuman gantung atas alasan anak guamnya merupakan pesalah kali pertama, selain menunjukkan keinsafan dan tidak pernah menimbulkan masalah sejak berada dalam tahanan.
Sebanyak 22 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan, termasuk tertuduh sendiri dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding perbicaraan yang bermula 14 Jan 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki Nigeria
#campak cucu
#hukuman gantung
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan