awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
Raja Muda Perlis berkenan sertai kayuhan bersama alumni UiTM Perlis, komuniti bandar
Man Utd dominasi Man City, Michael Carrick mulakan tugas dengan kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Pakistan ditahan kes liwat, amang seksual kanak-kanak di Shah Alam

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2025
02:20 MYT
Lelaki Pakistan ditahan kes liwat, amang seksual kanak-kanak di Shah Alam
Mohd Iqbal berkata, turut ditahan, seorang lagi lelaki warga Pakistan yang dipercayai membantu suspek utama bersembunyi daripada dikesan polis. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Pakistan yang menjadi suspek utama dalam beberapa siri kes liwat dan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki di sekitar Seksyen 27 dan 28, Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, suspek berusia 25 tahun itu ditahan di Kuala Nerang, Kedah, semalam, selepas dipercayai cuba melarikan diri ke negara jiran.
“Penahanan dibuat hasil maklumat awam dan risikan pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam.
"Turut ditahan, seorang lagi lelaki warga Pakistan yang dipercayai membantu suspek utama bersembunyi daripada dikesan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek sebelum ini dikaitkan dengan empat kejadian jenayah seksual melibatkan mangsa berumur antara sembilan dan 19 tahun. Tiga mangsa adalah kanak-kanak lelaki berusia sembilan, 13 dan 14 tahun, manakala seorang lagi adalah remaja lelaki berumur 19 tahun.
Menurut Mohd Iqbal, dua kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala dua lagi kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dikemukakan di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam bagi membolehkan siasatan diteruskan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwaan.
Pihak polis juga menasihatkan ibu bapa agar lebih peka terhadap keselamatan anak-anak dan mengelakkan mereka daripada keluar bersendirian, terutamanya ke kawasan sunyi yang boleh mendedahkan mereka kepada risiko jenayah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Mahanira Mahat di talian 017-6444895.
Topic Berkaitan
#amang seksual
#Kedah
#shah alam
#lelaki pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan