Skip to main content

Malaysia

Lelaki pandu bas dalam keadaan berbahaya direman empat hari

81757501178_TBgari.jpg
Perintah reman terhadap lelaki berusia 53 tahun itu dikeluarkan Majistret Teoh Shu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah. - Gambar hiasan

ALOR GAJAH: Seorang pemandu bas ekspres yang tular kerana memandu secara berbahaya baru-baru ini, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 53 tahun itu dikeluarkan Majistret Teoh Shu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah.

Advertisement

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki itu ditahan selepas menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah pada 12.10 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata kejadian dipercayai berlaku semasa bas ekspres itu dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Johor Bahru, Johor.

Rakaman video berdurasi satu minit 20 saat yang memaparkan seorang pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan tidak selamat dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya tular di media sosial pada 16 April.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video