awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki parah ditetak bekas abang ipar

Bernama
Bernama
14/04/2019
14:41 MYT
Lelaki parah ditetak bekas abang ipar
Dalam kejadian itu, ibu mangsa turut dicederakan ketika ingin menyelamatkan anaknya. - Gambar hiasan
Seorang lelaki cedera parah di bahagian perut dan tangan setelah ditetak bekas abang iparnya dengan menggunakan pisau dalam kejadian di Kampung Padang Buloh, malam Sabtu.
Dalam kejadian pada 10.30 malam tersebut, ibu mangsa turut dicederakan ketika ingin menyelamatkan anaknya itu menyebabkan beliau menerima beberapa jahitan di kepala dan tangan kanan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
"Kejadian disaksikan adik mangsa berusia 20 tahun yang mendakwa suspek mula menyerang abangnya yang duduk di luar pintu belakang rumah mereka.
"Selepas terdengar jeritan, ibu mangsa bergegas melihat keadaan anaknya itu sebelum turut diserang oleh suspek yang membawa sebilah pisau," katanya di sini hari ini.
Amran berkata suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dan meninggalkan mangsa yang berlumuran darah.
Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pekan bagi mendapatkan rawatan dan saksi telah tampil membuat laporan polis pada hari sama, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera ditetak bekas abang ipar
#jenayah
#mangsa tetak
#Polis Daerah Pekan
#senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan