awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Perancis bergelang merah jambu di Langkawi tidak dibenarkan kuarantin di rumah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/08/2020
11:06 MYT
Lelaki Perancis bergelang merah jambu di Langkawi tidak dibenarkan kuarantin di rumah
Lelaki warga Perancis itu bebas daripada gejala COVID-19 dan negatif ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Lelaki warga Perancis yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) pada 20 Ogos lalu telah dimasukkan ke stesen kuarantin Langkawi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan bebas daripada gejala COVID-19 selain ujian saringan yang dilakukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati hasilnya negatif.
Susulan keputusan itu, beliau berkata, lelaki tersebut dibenarkan meneruskan perjalanan dengan menaiki penerbangan domestik ke Langkawi.
Beliau berkata, lelaki itu yang termasuk dalam program Malaysia My Second Home (MM2H) pada awalnya diberi kelonggaran menjalani kuarantin di rumahnya.
Bagaimanapun, dia telah dihantar ke stesen kuarantin Langkawi pada pukul 7.30 malam hari yang sama.
“Mulai 24 Julai 2020, kerajaan telah mewajibkan semula semua pengembara yang tiba di Malaysia untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin, maka syarat mengenai kuarantin di rumah bagi MM2H adalah terbatal.
“Oleh itu, setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, pengembara ini telah ditahan oleh Pasukan Gerakan Am kerana memakai gelang merah jambu yang memberi indikasi statusnya sebagai person under investigation (PUS) dan berada di kawasan awam,” kata Dr Noor Hisham lagi.
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham merakamkan penghargaan di atas kerjasama dan keprihatinan agensi-agenis lain dan rakyat dalam mengawal dan mencegah penularan COVID-19.
“Kementerian akan sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respon terhadap pandemik COVID-19 ini dilaksanakan selari dengan keputusan semasa kerajaan,” kata Dr Noor Hisham lagi.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kerajaan
#kesihatan
#KLIA
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Langkawi
#lelaki
#Malaysia
#penerbangan
#pengembara perancis
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan