awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pukul gelandangan ditahan reman tiga hari

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
12/09/2023
01:30 MYT
Lelaki pukul gelandangan ditahan reman tiga hari
Tular satu hantaran di aplikasi X memaparkan seorang gelandangan lelaki terbaring dengan berlumuran darah di kaki lima jalan. - Foto ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang disyaki memukul seorang gelandangan di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini, pada Sabtu, ditahan polis semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya, pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut pada jam 12.11 tengah malam.
"Kejadian tersebut telah ditularkan melalui satu ciapan daripada pemilik akaun X.
"Pada 1.46 pagi (Isnin), Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun bagi membantu siasatan dalam kes ini.
"Tangkapan direman selama tiga bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Noor Dellhan berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian.
"Kita akan melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," ujarnya.
Sebelum itu, tular satu hantaran di aplikasi X memaparkan seorang gelandangan lelaki terbaring dengan berlumuran darah di kaki lima jalan.
Menurut hantaran terbabit, mangsa telah dipijak dan ditendang sehingga berlaku pendarahan di kepala, sebelum suspek meninggalkan kawasan itu.
Topic Berkaitan
#pukul gelandangan
#lelaki ditahan polis
#Jalan Tun Tan Cheng Lock
#Ketua Polis Daerah Dang Wangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan