awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Rohingya didakwa lakukan amang seksual

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2023
06:39 MYT
Lelaki Rohingya didakwa lakukan amang seksual
Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang juga anak jirannya di di hadapan rumahnya di Semabok, di sini pada 26 Disember lalu. - Sinar Harian
MELAKA : Seorang buruh binaan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Korimullah Abdu Rahman, 35, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut pertuduhan, lelaki etnik Rohingya itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak berusia 12 tahun 8 bulan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Pulau Senang 3, Semabok, di sini pada jam 8.30 malam, 26 Disember lalu.
Sementara itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Siva Shangari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin ekoran kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) masih dalam proses permohonan.
Sinar Harian pada Rabu lalu menyiarkan lelaki terbabit ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang juga anak jirannya di di hadapan rumahnya di Semabok, di sini pada 26 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, perbuatan itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian kepada bapanya yang mendakwa suspek secara tiba-tiba telah menarik tangan kirinya dan meraba di bahagian dadanya beberapa kali.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#amang seksual
#Kanak-kanak
#Rohingya
#buruh binaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan