MALAYSIA
Lelaki rugi lebih RM260,000 terperdaya penipuan pelaburan dalam talian

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Pelangi Indah semalam, setelah menyedari ditipu oleh individu yang menyamar sebagai ejen pelaburan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun kerugian RM267,888 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang diiklankan menerusi Facebook.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun kerugian RM267,888 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang diiklankan di Facebook, melibatkan individu menyamar sebagai ejen pelaburan bernama 'Olivia Leong' dan 'George'.
- Mangsa melakukan sembilan transaksi antara 4 hingga 17 Julai ke akaun sebuah syarikat sebelum menyedari ditipu apabila cuba mengeluarkan wang pelaburan tetapi diarahkan membuat pelaburan tambahan.
- Polis menyiasat kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap janji pulangan pelaburan luar biasa serta tidak memuat turun aplikasi tidak sah atau menyerahkan maklumat peribadi.
"Suspek memperdaya mangsa dengan menjanjikan pulangan pelaburan hingga 80 peratus dalam tempoh singkat. Mangsa kemudian diarahkan memuat turun sebuah aplikasi dan berurusan dengan individu bernama 'George' bagi tujuan transaksi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila cuba mengeluarkan wang pelaburannya namun diarahkan suspek untuk membuat tambahan pelaburan.
Raub berkata mangsa telah melakukan sembilan pemindahan wang antara 4 hingga 17 Julai ke akaun sebuah syarikat melibatkan jumlah keseluruhan RM267,888.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memperoleh harta melalui tipu daya, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda.
"Polis menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan janji pulangan pelaburan luar biasa yang dipaparkan di media sosial, serta jangan serahkan maklumat peribadi dan elak memuat turun aplikasi tidak sah," katanya.
Selain itu, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penipuan diminta menyalurkan kepada National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 atau membuat semakan melalui portal rasmi Semak Mule di pautan https://semakmule.rmp.gov.my.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami