KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda kerugian RM30,700 akibat penipuan tawaran kerja sambilan melalui media sosial Instagram.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kejadian bermula apabila lelaki berusia 24 tahun yang bekerja sendiri itu ditawarkan pekerjaan jual beli barang oleh admin sebuah akaun Instagram pada 26 Feb lepas.
Beliau berkata, mangsa yang ragu-ragu akhirnya terperdaya selepas dijanjikan komisen lumayan bagi setiap tugasan dijalankan.
"Mangsa telah melihat tawaran kerja sambilan di Instagram dan berhubung dengan admin akaun tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut hingga akhirnya tertipu.
"Mangsa sempat membuat enam tugasan dengan dua tugasan pertama dia diberikan bayaran komisen seperti dijanjikan. Bagaimanapun untuk tugasan seterusnya admin enggan menjelaskan bayaran komisen sebanyak RM30,700 dengan memberi pelbagai alasan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Mazli menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan tawaran kerja sambilan di media sosial dengan pelbagai modus operandi.
"Mangsa akan ditawarkan kerja separuh masa sebagai ejen pembelian dalam talian dan dijanjikan sebanyak 10 peratus komisen untuk setiap pembelian yang dilakukan.
"Mangsa kemudiannya diminta membuka pautan yang diberikan dan diarahkan menyelesaikan tugasan dengan memilih barangan untuk dibeli daripada 'chart' yang terdapat dalam pautan berkenaan," katanya.
Seterusnya beliau berkata mangsa akan menerima komisen bagi pembelian awal untuk memberi keyakinan sebelum admin menghilangkan diri selepas bayaran dibuat oleh mangsa untuk pembelian selanjutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Datuk Mazli Mazlan berkata kejadian bermula apabila mangsa ditawarkan pekerjaan jual beli barang oleh admin sebuah akaun Instagram pada 26 Feb lepas. - Gambar fail
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Lelaki rugi lebih RM30,000 terperdaya tawaran kerja sambilan di Instagram
Seorang pemuda kerugian RM30,700 akibat penipuan tawaran kerja sambilan melalui media sosial Instagram.
Polis tumpaskan sindiket penipuan kerja sambilan tidak wujud
Sindiket tersebut beroperasi sebagai 'pusat panggilan' yang menjalankan kegiatan mengawal akaun bank dan membuat pemindahan wang.
Tiga ditahan disyaki keldai akaun
Tiga suspek itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat Seksyen 420 Kanun keseksaan.