awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gmail kini integrasi Gemini dengan ciri AI baharu
ASUS perkenal konsep penghala WiFi 8 pertama di dunia di CES 2026
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki sorok senjata dalam kereta diberkas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/09/2022
09:38 MYT
Lelaki sorok senjata dalam kereta diberkas
Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad menunjukkan sepucuk pistol yang dirampas daripada seorang lelaki di Mak Mandin, Butterworth, malam kelmarin. - Gambar Astro AWANI
KEPALA BATAS: Tindakan seorang lelaki membawa pelbagai jenis senjata yang disorok dalam kereta dipandunya mengundang padah apabila dia ditahan polis di Mak Mandin, Butterworth, malam kelmarin.
Suspek berusia 42 tahun ditahan di hadapan sebuah kedai makan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika memandu Toyota Vios.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, polis yang membuat pemeriksaan pada badan suspek menemui sepucuk pistol jenis Zoraki M906 yang diselit di pinggang.
"Turut ditemui pada badan suspek ialah dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu dan ganja.
"Polis yang menjalankan pemeriksaan lanjut dalam kereta menemui sebilah parang, sebilah keris, pisau lipat serta kapak kecil yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, dekat sini, hari ini.
Siasatan lanjut mendapati suspek yang turut positif dadah methapetamin dikehendaki di Klang, Selangor atas kesalahan merusuh dengan senjata.
Menurut Mohd Radzi, suspek yang mempunyai lima rekod jenayah lampau direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum 14 tahun penjara serta enam kali sebatan.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai motif suspek membawa senjata tersebut dan kemungkinan mempunyai rakan lain.
Topic Berkaitan
#sorok senjata
#sepucuk pistol
#Mak Mandin
#Butterworth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan