awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terbabit kekecohan di HRPB didakwa sebabkan kecederaan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/02/2022
06:52 MYT
Lelaki terbabit kekecohan di HRPB didakwa sebabkan kecederaan
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap dua individu lain dalam satu kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini tengah malam Sabtu lalu. 
 
Tertuduh V. Lingkswaran, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani. 
 
Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bekerja sebagai penyelia pengangkutan, didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki, P. Navaneshwaran, 24, dengan sebilah parang, iaitu senjata berbahaya yang boleh menyebabkan kematian. 

Dia juga didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang wanita N. Laxmi, 29, dengan senjata yang sama. 
 Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Sekolah, Guntong, Ipoh, kira-kira jam 11 malam, 19 Februari lalu. 
 
Dia didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. 
 
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak menganggu mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai di samping perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali. 
 
Mahkamah turut menetapkan 20 April hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes. 
 
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakii peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah. 
 
Sebelum ini, polis menahan empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada tengah malam Sabtu lalu. 
 
Insiden kekecohan itu adalah rentetan pergaduhan seorang suspek dengan ahli keluarga teman wanitanya di Jalan Sekolah di Guntong. 
 
Terdahulu, tular beberapa video di media sosial memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki dengan pengawal keselamatan HRPB.
Topic Berkaitan
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#kecoh HRPB
#sebabkan kecderaan
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan