awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terima ugutan selepas maki hamun rakan serumah

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2023
14:06 MYT
Lelaki terima ugutan selepas maki hamun rakan serumah
Punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana mangsa mengeluarkan perkataan kurang sopan akibat lambat menghantarnya ke tempat kerja pada hari sebelum kejadian. - Gambar hiasan
KLANG: Gara-gara memaki hamun rakan serumah yang lewat menghantarnya ke tempat kerja, seorang operator kilang menerima ugutan sekumpulan individu yang bersenjatakan besi dalam kejadian di Jalan Batu Nilam 13, Bandar Bukit Tinggi 1, Klang di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi ketika mangsa berada dalam bilik sewanya.
"Mangsa didatangi lima lelaki yang bertindak membuka pintu bilik dengan agresif, salah seorang suspek membawa sebatang besi dan cuba untuk memukul mangsa.
"Mangsa bagaimanapun menolak suspek keluar dan mengunci pintu bilik serta menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, susulan kejadian, serbuan dijalankan sepasukan polis dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 1.35 pagi di lokasi kejadian.
"Serbuan dijalankan berjaya memberkas dua lelaki warga tempatan berumur 23 dan 26 tahun manakala tiga lagi rakan suspek berjaya melarikan diri," katanya.
Menurutnya, punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana mangsa mengeluarkan perkataan kurang sopan akibat lambat menghantarnya ke tempat kerja pada hari sebelum kejadian.
"Siasatan dijalankan mendapati suspek merupakan pemandu van kilang yang ditugaskan untuk mengambil dan menghantar pekerja kilang termasuk mangsa.
"Semakan rekod dijalankan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau," katanya.
Ujar Hoong Fong, kedua-dua suspek direman empat hari bagi siasatan lanjut.
"Polis turut merampas sebatang besi yang digunakan suspek semasa kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#maki rakan serumah
#terima ugutan
#lewat hantar kerja
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan