awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terlibat kes buang bayi akan didakwa hari ini

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2022
23:00 MYT
Lelaki terlibat kes buang bayi akan didakwa hari ini
Lelaki tempatan itu merupakan antara suspek terlibat dalam kes tersebut. - Foto fail
KLANG: Seorang lelaki yang merupakan kekasih kepada ibu bayi yang ditemui meninggal dunia di kawasan tempat membuang sampah sebuah kondominium di Bandar Baru Klang di sini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, lelaki tempatan itu merupakan antara suspek terlibat dalam kes tersebut.
"Pertuduhan terhadap suspek akan dijalankan di Mahkamah Majistret Klang.
"Bagaimanapun, kekasihnya yang merupakan ibu kepada mangsa masih dalam tempoh reman sementara menunggu laporan Imigresen," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada Khamis lepas, seorang wanita warga asing dan lelaki tempatan dipercayai sepasang kekasih ditahan kerana disyaki terlibat kes membuang bayi lelaki berusia empat bulan dalam kejadian di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang di sini.
Bayi berumur empat bulan itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat pembuangan sampah di kondominium tersebut.
Pemeriksaan daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ke atas bayi tersebut mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#buang bayi
#Kekasih
#lelaki
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan