GEORGE TOWN: Seorang penunggang motosikal tergamak meninggalkan tunangnya yang terjatuh ketika ditahan pasukan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di Perai malam Rabu.
Tindakan itu dibuat lelaki berkenaan kerana mahu melarikan diri daripada sekatan jalan raya semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, gadis berusia 20-an tersebut tidak mengalami kecederaan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Adenan Md. Isa berkata, insiden itu antara senario yang berlaku apabila beberapa penunggang motosikal cuba melarikan diri pada Ops Motosikal Tahun Baharu Cina 2023 JPJ Pulau Pinang yang berlangsung selama empat hari.
Katanya, penunggang lelaki berkenaan bagaimanapun gagal dikesan selepas dia memecut motosikalnya ke arah Jambatan Pulau Pinang menuju bahagian pulau di negeri itu.
“Kemungkinan penunggang itu tiada lesen memandu atau tiada cukai jalan kerana dia tidak menoleh dan menghentikan motosikal walaupun tunangnya terjatuh.
“Gadis tersebut dipercayai tidak cedera kerana dia kemudiannya hilang melarikan diri ke arah motosikal tunangnya dan kita tidak menahannya kerana dia bukan penunggang,” kata beliau semasa meninjau operasi tersebut semalam.
Pada operasi berkenaan, sebanyak 2,043 buah motosikal diperiksa, manakala 301 saman dikeluarkan selain lebih 24 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan.
Adenan berkata, pihaknya mendapati majoriti penunggang yang dikenakan tindakan oleh pihaknya adalah berkaitan kesalahan tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan selain pengubahsuaian motosikal.
“Kita dapati bahawa setiap kali operasi, kesalahan tiada lesen memandu sangat tinggi dan hampir 100 kes (pada operasi kali ini) adalah kesalahan itu.
“Ini menunjukkan kesedaran penunggang motosikal tentang keperluan lesen memandu masih di tahap rendah,” katanya lagi.
Operasi berkenaan turut disertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jan 26 2023

Pasukan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan pemeriksaan dalam Ops Motosikal Tahun Baharu Cina 2023 di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi. - Gambar ihsan JPJ

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

Lelaki tinggal tunang elak ditahan JPJ di Plaza Tol Jambatan P. Pinang
Pada sungguh tinggai bakal orang rumah yang jatuh kat tepi jalan!