awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tinggalkan anak perempuan bersendirian dalam kereta demi dadah

Bernama
Bernama
28/07/2013
23:41 MYT
Lelaki tinggalkan anak perempuan bersendirian dalam kereta demi dadah
Seorang lelaki sanggup meninggalkan anak perempuannya berusia empat tahun bersendirian dalam kereta di tepi jalan semata-mata untuk membeli dadah di satu kawasan berhampiran Penjara Sungai Udang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata polis yang membuat serbuan Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit kemudian berjaya menahan lelaki berusia awal 30-an itu.
"Semasa dicekup, lelaki itu memberitahu kepada pihak polis bahawa anaknya ada di dalam Perodua Alza...kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Udang sebelum diserahkan kepada ibunya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Salehhudin berkata dalam operasi pada 6 pagi dan berakhir 6 petang semalam di kawasan ladang itu, polis turut menahan 33 lagi lelaki berusia antara 26 hingga 62 tahun mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.
Katanya hasil pemeriksaan, seorang daripada mereka berusia 20-an didapati memiliki empat tiub straw dadah dipercayai heroin dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.
Topic Berkaitan
#Dadah
#kereta
#Melaka
#Penajra Sungai Udang
#sendirian
#tinggalkan anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan