awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tular pandu secara berbahaya ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/10/2024
02:20 MYT
Lelaki tular pandu secara berbahaya ditahan
Seorang lelaki dikesan memandu secara berbahaya dengan kerap menekan brek dan pada masa sama menukar haluan secara tiba-tiba. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang didapati memandu secara berbahaya di Jalan Kempas Lama dan Jalan Setia Tropika Utama di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara pada jam 4.42 petang Isnin.
Menurutnya, polis mengesan pautan video yang tular di Facebook mengenai kejadian tersebut.
"Video berdurasi 1 minit 20 saat itu memaparkan seorang lelaki memandu secara berbahaya dengan kerap menekan brek dan pada masa sama menukar haluan secara tiba-tiba.
"Pemanduan lelaki tersebut dirakamkan kamera papan pemuka sebuah kenderaan di belakangnya dan laporan polis dibuat pada jam 1.28 petang Isnin.
"Hasil ujian saringan awal air kencing dan alkohol lelaki berkenaan didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, kes disiasat bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 untuk kesalahan pertama.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi dan menyalurkan maklumat menerusi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 07-5563122. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki tular
#pandu berbahaya
#kerap tekan brek
#Balveer Singh Mahindar Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan