Seorang lelaki warga asing ditahan kerana dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpannya dengan memberikan biskut dan telefon bimbit.
Menurut laporan sebuah portal berita, kejadian berlaku sekitar jam 5 petang Selasa lalu di Kampung Bumiputera, Jalan Silam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah suspek semasa mangsa ke rumah lelaki itu untuk mencari adiknya.
"Suspek telah memberikan mangsa biskut dengan memanggilnya masuk ke dalam bilik. Mangsa kemudian diajak baring di katil dan diberikan telefon bimbit sebelum bertindak membuka separuh seluar mangsa," katanya.
Nasri berkata, suspek yang merupakan penganggur kemudian mencabul mangsa.
"Mangsa telah menceritakan kejadian itu kepada ibunya lalu ibu mangsa telah membawanya ke Hospital Lahad Datu.
"Doktor mengesahkan tidak ada kesan koyakan selain kesan kemerahan pada bahagian kemaluan mangsa.
"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.
Sinar Harian
Sat Aug 03 2019
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah suspek semasa mangsa ke rumah lelaki itu untuk mencari adiknya.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lelaki cabul kanak-kanak di tandas surau serah diri di balai polis
Suspek tiada di rumah sewaktu serbuan dibuat di kediamannya di Bedong, dipercayai melarikan diri sejak tersebar video viral perlakuannya.
Lelaki umpan biskut, telefon bimbit sebelum cabul budak 8 tahun
Seorang lelaki warga asing ditahan kerana dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpannya dengan memberikan biskut dan telefon bimbit.