Seorang lelaki tiba-tiba naik angin dan mengamuk di kawasan lampu isyarat di pekan Padang Serai, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati dan berang apabila polis ingin menangkapnya, lalu bertindak agresif.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Azhar Hashim, kejadian berlaku ketika tiga anggota polis dari Balai Padang Serai sedang melakukan rondaan cegah jenayah terlihat suspek dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, sebaik menghampiri, suspek cuba bertindak melarikan diri dan anggotanya terpaksa mengejar suspek sejauh 200 meter.
Sebaik polis berjaya menangkap suspek, lelaki itu naik marah dan bertindak agresif serta cuba melawan dan memukul anggota polis.
Jelas Azhar, hasil semakan rekod mendapati suspek berusia 31 tahun itu adalah orang dikehendaki (wanted) berkaitan kesalahan dadah.
Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut.
Katanya, suspek akan dihantar ke IPD Brickfields Kuala Lumpur untuk disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jul 02 2020

Ketika kejadian, tiga anggota polis dari Balai Padang Serai sedang melakukan rondaan cegah jenayah di pekan Padang Serai. - Astro AWANI

PKP 2.0 | Solat Jumaat, fardhu di semua masjid, surau Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan agar solat Jumaat dan fardu dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau di negeri ini dengan had maksimum 40 orang jemaah. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, titah berkenaan dibuat baginda selepas menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak serta pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negeri Perak.

Pelaburan KWSP | Sifatkan aset ESG 'vaksin' kepada semua krisis
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mensasarkan portflio pelaburan mereka akan mematuhi Amalan Persekitaran, Sosial dan Tabdir Urus (ESG) menjelang 2030. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias, strategi melabur dalam aset berkualiti ESG akan menjadikan pelaburan mereka berdaya tahan dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

PKP 2.0 | Haruskah PKP 2.0 diperketatkan selepas 4 Februari?
Bersama Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman.

Orang Asli | JAKOA rangka pelan jangka panjang PdPR
Rancangan jangka panjang melibatkat PdPR perlu untuk memastikan murid Orang Asli mendapat pendidikan yang sempurna seiring dengan norma baharu.

Melaka benar solat Jumaat, fardu hingga 500 jemaah
Kuliah Maghrib dan bacaan Yassin pada setiap hari Khamis malam Jumaat juga dibenarkan sebagai langkah mengimarahkan masjid-masjid di Melaka.

Koperal Polis Marin didakwa lagi 101 tuduhan rasuah
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

17 MPV kejar penjenayah dari Johor Bahru hingga ke Kluang
Pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi.

Gapenas buat laporan polis kenyataan Anwar yang didakwa menghasut
Gapenas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara berikutan kenyataan menghasut yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, baru-baru ini.

11 suspek Macau Scam direman 21 hari
Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

PKP 2.0: JKM Johor bantu hantar pulang keluarga terkandas
Mereka akan dihantar pulang ke kediaman mereka di Kuala Selangor, selewat-lewatnya esok.

Debat terakhir bersama Biden amat menakjubkan - Trump
Calon Republikan itu berentap di pentas debat ini pada Khamis malam sebelum hari pengundian pada 3 November depan.

Impak COVID-19: Ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus pada suku kedua
Pada suku keempat 1998, Malaysia mencatatkan penyusutan dua angka sebanyak 11.2 peratus dan pada suku kedua 2019, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 4.9 peratus.

Polis trafik, penunggang motosikal jadi hero selamatkan monyet cedera di lebuh raya
Tindakan agresif monyet itu menyebabkan salah seorang anggota polis trafik serba salah untuk mengambilnya kerana bimbang digigit.

Lelaki 'wanted' mengamuk ketika hendak ditahan polis
Dalam kejadian jam 11 malam itu, lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati dan berang apabila polis ingin menangkapnya, lalu bertindak agresif.

Bakar kenderaan terlibat kemalangan, dua abang mangsa antara ditahan polis
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang berusia 19 dan 29 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Tasek Gelugor.

Rusuhan Minneapolis: Wartawan, jurukamera CNN ditahan ketika siaran langsung
Beberapa organisasi media lain mengecam penahanan itu, yang menyifatkan dua kru terbabit hanya cuma menjalankan tugas mereka.

APM dua kali tangkap ular di rumah yang sama dalam tempoh dua hari
Dalam kejadian Selasa lalu, ular tedung selar ditangkap di dalam rumah berkenaan dan kira-kira jam 7.30 malam tadi, ular yang dipercayai "pasangannya" pula ditangkap di dalam reban ayam.

Suspek autistik boleh digari jika agresif - Polis
Pegawai polis yang berhadapan dengan suspek dari golongan autisme dibenarkan mengguna gari sekiranya suspek dilihat terlalu agresif sehingga boleh mendatangkan ancaman kepada polis dan orang awam.

PATI disyaki pengedar dadah berdepan hukuman mati
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang Isnin, suspek berumur dalam lingkungan 40 tahun itu diberkas bersama dadah seberat 52.7 gram.

Tiga penjenayah disyaki aktif pecah masuk kilang maut ditembak
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika ketiga-tiga suspek, yang merupakan warga asing, sedang melakukan jenayah pecah kilang di kawasan itu.