awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai dibaham buaya di Kuala Tutoh

Bernama
Bernama
07/11/2025
15:15 MYT
Lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai dibaham buaya di Kuala Tutoh
Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Tutoh, Baram di Miri pada Rabu lepas ditemukan meninggal dunia pagi tadi dalam keadaan mayat tidak sempurna. - BERNAMA
KUCHING: Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Tutoh, Baram di Miri pada Rabu lepas ditemukan meninggal dunia pagi tadi dalam keadaan mayat tidak sempurna.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa dikenali sebagai Prashant, 21, dan kru sebuah kapal yang berlabuh di kawasan hilir Kampung Kuala Tutoh ditemukan pada 9.30 pagi, kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dia dikhuatiri lemas.
"Ketika pasukan pencarian menemukan mangsa, seekor buaya dilihat sedang menggigit tangan kiri mangsa. Keseluruhan tangan kiri mangsa hilang disyaki dibaham buaya itu.
"Punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan, sama ada berkaitan dengan serangan buaya atau sebaliknya. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat," katanya hari ini.
Operasi SAR yang berlangsung selama dua hari dan tamat pada 11 pagi tadi membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, menggunakan satu jentera Triton dan sebuah bot aluminium.
Turut serta dalam operasi itu adalah Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Pada Rabu lepas, media melaporkan pihak JPBM Sarawak menerima makluman berhubung kehilangan mangsa daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi selepas mangsa dipercayai lemas ketika mandi di sungai berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dibaham buaya
#lelaki warga India
#Kuala Tutoh
#Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan