awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air

Aida Aziz
Aida Aziz
26/10/2020
15:36 MYT
Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air
Kerja mencari dan menyelamat dengan cara pencarian di permukaan sedang dijalankan di kawasan tersebut. - Foto ihsan JBPM Perak
TELUK INTAN:Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air Headwork Parit 12 dekat sini, lewat petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Woo Poh Meng, 69, yang beralamat di Rumah Murah, Padang Tembak di sini dipercayai hilang di kunci air tersebut berdasarkan penemuan barang peribadinya.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak pada Isnin, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.33 malam.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian dan dimaklumkan oleh pihak polis kemungkinan mangsa hilang di kunci air dengan penemuan beberapa barang peribadi.
"Kerja mencari dan menyelamat dengan cara pencarian di permukaan sedang dijalankan di kawasan tersebut," katanya.
Ujarnya lagi, operasi itu turut membabitkan pihak polis dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Topic Berkaitan
#lelaki warga emas
#Woo Poh Meng
#rumah murah
#kunci air
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JPBM
#Jabatan Pengairan dan Saliran
#JPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan