JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah dan positif dadah jenis methamphetamine di Iskandar Puteri, dekat sini pada minggu lalu.
Pertuduhan pertama, Muhammad Hairezal Mohd Rafpi, 33, didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Nimetazepam seberat 22,217 gram di sebuah kediaman di Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri pada jam 10.30 malam, 13 Januari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan.
Pertuduhan kedua pula, Muhammad Hairezal didakwa memberikan dadah berbahaya jenis Methamphetamine ke dalam diri sendiri di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada jam 5 pagi, 14 Januari lalu.
Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 15 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun dan perintah pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.
Tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Samsuddin dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Selepas pertuduhan dibacakan, tertuduh dilihat bertanyakan sama ada dia boleh diberikan jaminan namun mahkamah memaklumkan dia tidak layak kerana membabitkan kes hukuman mati sekiranya disabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Ahmad Rofaif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 8 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan.- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 19 2023

Tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Nimetazepam seberat 22,217 gram di sebuah kediaman di Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri pada jam 10.30 malam, 13 Januari lalu. - Gambar/ Sinar Harian

Shereen raih emas acara 400m Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada NCAA.

Pesawat C919 buatan China mulakan penerbangan komersial
Pesawat penumpang C919 yang dibangunkan sendiri oleh China, memulakan penerbangan komersial pertamanya dari Shanghai ke Beijing pada Ahad.

Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London
Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London.

3 maut termasuk 2 rentung dalam kemalangan di Segamat
Tiga lelaki maut termasuk dua rentung manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan Kampung Kwongsai, dekat Segamat.

KKD ambil perhatian isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media - Fahmi
Isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media adalah antara yang akan diambil perhatian oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

'Rumah tempat saya membesar...' - Issey sebak, rumah arwah ibu hangus terbakar
Penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham sebak apabila melihat keadaan rumah arwah ibunya, Asiah Haron, di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan hangus dijilat api.

Badminton Masters Malaysia: Misi memburu kejuaraan
Dua wakil Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 petang ini.

6,750 notis kesalahan merokok libat kutipan RM1.6 juta di Pahang
Sebanyak 6,750 notis kompaun kesalahan bernilai RM1,592,100 telah dikeluarkan kepada perokok di Pahang tahun ini.

PSG cipta rekod Ligue 1
PSG terus dominan apabila mencipta rekod baharu menang 11 kejuaraan Ligue 1 selepas seri 1-1 di Strasbourg awal pagi Sabtu.

Ronaldo gagal menang liga bersama Al Nassr
MUSIM pertama Cristiano Ronaldo di Arab Saudi berakhir tanpa trofi apabila Al-Nassr terpaksa akur Piala Liga Pro Saudi itu menjadi milik Al-Ittihad.

Pengasas pusat tahfiz dua isteri didakwa lakukan amang seksual terhadap tiga pelajar lelaki
Seorang pengasas sebuah pusat tahfiz warga Singapura didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajar lelakinya.

Pengasas pusat tahfiz dan adik ditahan, dipercayai dera dan lakukan amang seksual
Polis Melaka menahan dua beradik warga Singapura selepas dipercayai melakukan penderaan dan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki sebuah pusat tahfiz di negeri ini.

Wanita didakwa sembunyi wang ahli perniagaan
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah USDT202,992.36 (RM894,787.12) dalam akaun mata wang kripto, milik seorang ahli perniagaan warg

Kemalangan: Warga Singapura maut tersepit dalam van
Megat Omar Ismail, 57, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Md Shash Mohd Said, 60, mengalami cedera parah.

Lelaki warga Singapura didakwa edar dadah
Seorang lelaki warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah dan positif dadah jenis methamphetamine di Iskandar Puteri, pada minggu lalu.

Dua rakan termasuk warga Singapura didakwa beri rasuah RM90,000 kepada pegawai polis
Dua rakan termasuk seorang warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai polis berjumlah RM90,000, tahun lepas.

Bas ekspres rempuh treler, 16 penumpang cedera
Kesemua penumpang adalah warga Singapura dan bas tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Dakwaan peras ugut pesalah trafik Singapura, anggota boleh ditamat perkhidmatan jika bersalah
Anggota polis trafik terbabit kini turut ditukarkan kepada penugasan yang tidak berurusan dengan orang ramai secara serta-merta.

2.3 juta saman tertunggak direkodkan Polis Johor
Ketua Polis Johor berkata, daripada jumlah itu 109,758 saman adalah melibatkan pemandu warga Singapura.

Majoriti warga Singapura yakin F1 bawa impak positif
Data terkini YouGov RealTime Omnibus menunjukkan majoriti atau 61 peratus penduduk dewasa melihat penganjuran Grand Prix Formula One (F1) Singapura membawa impak positif kepada republik itu.