KUALA LIPIS: Jika dilihat luaran, ia sama seperti lemang diperbuat daripada beras pulut yang menjadi juadah tradisional popular setiap kali sambutan hari raya.
Namun, apabila diperhatikan, ramai dapat menyedari saiz buluhnya lebih 'halus' berbanding lemang pulut, selain tiada daun pisang digunakan dan 'isi buluh' yang berwarna coklat.
"Ini lemang tepung atau ada yang memanggilnya kelamai. Lemang ini ada peminat tersendiri... nampak serupa (seperti lemang pulut) tapi rasanya jauh berbeza," kata Zainab Idris, 58, yang menjual juadah istimewa itu sejak puluhan tahun.
Seperti namanya, lemang tepung menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama selain tepung pulut, santan dan gula kabung, iaitu manisan popular negeri Pahang yang dihasilkan daripada air nira pokok kabung.
Zainab berkata proses membuat lemang tepung bermula dengan mencairkan gula kabung bagi menghasilkan air gula, yang perlu disejukkan sebelum dicampur bersama bahan-bahan lain dan digaul sebati.
"Adunan juga perlu ditapis supaya ia elok dan benar-benar tidak berketul. Selepas itu, barulah adunan boleh dituang ke dalam buluh, namun jangan diisi sehingga penuh atau ia akan melimpah semasa dibakar.
"Bahagian dalam buluh juga perlu dilumurkan dengan minyak masak supaya lemangnya tidak melekat (pada buluh) dan mudah dikeluarkan apabila dibelah," kata ibu kepada enam orang anak itu.
Proses membakar lemang tepung juga, menurut Zainab kebiasaannya mengambil masa antara satu hingga dua jam, dan boleh diketahui sudah masak apabila isinya 'sedikit keluar' daripada bahagian atas buluh.
"Rasanya berlemak dan manis disebabkan gula kabung. Lebih sedap jika dimakan panas-panas... sebab itu ramai yang suka memanaskan kembali lemang tepung sebelum dimakan," katanya.
Seperti raya tahun-tahun sebelumnya, Zainab dan suami Nordin Baki, 62, menyiapkan ratusan tempahan lemang tepung di dapur rumah mereka di Kampung Melayu Jerkoh di sini, dengan bantuan anak, menantu serta cucu.
Sebatang lemang tepung dijual pada harga RM7 dan selain penduduk sekitar daerah Lipis dan Raub, lemang air tangan mereka juga pernah 'merantau' sehingga Kelantan dan Selangor.
Dia yang belajar cara membuat lemang tepung daripada emak dan ibu mentuanya mengakui mula mengambil tempahan selepas ramai yang bertanya apabila melihat juadah tersebut dihidangkan di rumahnya pada hari raya.
"Mungkin disebabkan tidak ramai yang menjualnya berbanding lemang pulut. Kadang-kadang tidak menang tangan mahu menyiapkan tempahan terutamanya pada tahun lepas disebabkan raya terkejut.
"Untuk tahun ini, kami mula membuat lemang tepung semalam (Khamis), namun tempahan sudah mula diambil sejak awal Ramadan supaya kami boleh mengatur masa dengan lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
Pengusaha lemang tepung, Zainab Idris menunjukkan lemang tepung siap dimasak yang ditempah pelanggan sempena sambutan Aidilfitri ketika tinjauan fotoBernama di Lipis. - Foto BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Lemang tepung miliki peminat tersendiri di Lipis, Raub
Lemang tepung saiz buluhnya lebih 'halus' berbanding lemang pulut, selain tiada daun pisang digunakan dan 'isi buluh' yang berwarna coklat.