awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tidak diaudit 17 tahun

Bernama
Bernama
06/11/2024
06:45 MYT
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tidak diaudit 17 tahun
M. Kulasegaran berkata perkara itu sedang diteliti kerajaan dan tindakan susulan akan dilaksanakan selaras usaha kerajaan memperkukuh tatakelola yang baik.
KUALA LUMPUR: Pengauditan terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan dilaksanakan segera berikutan laporan kewangan lembaga itu didapati tidak pernah diaudit sepanjang tempoh 17 tahun.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata perkara itu sedang diteliti kerajaan dan tindakan susulan akan dilaksanakan selaras usaha kerajaan memperkukuh tatakelola yang baik.
"Yang Berhormat, saya setuju bahawa tidak ada pengauditan (terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang) untuk 17 tahun. Perkara ini saya telah jawab kepada soalan yang dikemukakan di Kamar Khas minggu lepas dan itu kali pertama kita mengetahui bahawa tidak ada pengauditan.
"Kita sedang mengambil tindakan susulan supaya pengauditan dibuat dengan seberapa segera yang boleh supaya semua pihak berkepentingan dapat tahu sama ada pengendalian oleh lembaga itu mengikut undang-undang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai sebab Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tidak pernah diaudit dan sama ada lembaga itu turut mendapat pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Topic Berkaitan
#M Kulasegaran
#audit
#Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang
#LHDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan