awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Pengampunan ambil kira sentimen awam - Peguam

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
11/04/2023
05:17 MYT
Lembaga Pengampunan ambil kira sentimen awam - Peguam
Jahabardeen berkata, Lembaga Pengampunan juga boleh menetapkan syarat-syarat tertentu kepada pengampunan yang diberikan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan mengambil kira sentimen awam dalam membuat sebarang keputusan, di samping menilai aspek merit bagi setiap permohonan yang diterima.
Pengamal undang-undang Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, lembaga tersebut bertanggungjawab memastikan keputusan yang dibuat adalah munasabah dan dapat mengekalkan keyakinan awam kepada sistem keadilan jenayah negara.
Beliau yang juga pengasas Gerakan RAPERA berkata, keadilan sesuatu sistem itu tertakluk bukan sahaja kepada fakta, tetapi juga persepsi.
"Kalau Lembaga Pengampunan membuat satu keputusan yang dilihat sebagai tidak adil kepada rakyat jelata yang berfikir, bukan rakyat jelata yang beremosi, dan rakyat jelata yang berfikir dan bertanggungjawab merasakan bahawa keputusan yang dibuat oleh lembaga itu adalah suatu yang tidak munasabah, maka ia akan mengurangkan keyakinan kepada sistem keadilan jenayah dalam negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI, mengupas topik “Pengampunan Diraja, Fahami Betul-betul”.
Jahabardeen turut menjelaskan bahawa Lembaga Pengampunan juga boleh menetapkan syarat-syarat tertentu kepada pengampunan yang diberikan.
Ini bermaksud, lembaga tidak semestinya meluluskan permohonan yang dikemukakan sepenuhnya, seperti yang diminta.
Sentimen awam akan diambil kira oleh Lembaga Pengampunan - Pengamal Undang-undang
“Salah satu contoh ialah apabila seseorang dihukum gantung. Mungkin orang itu telah minta dibebaskan terus, tetapi Lembaga Pengampunan meletakkan syarat, tidak boleh dilepaskan terus, sebaliknya (hukuman dikurangkan kepada) penjara seumur hidup.
“Pun begitu, dalam kes pemenjaraan, belum pernah dibuat syarat-syarat berikut. Namun, saya menyatakan, ia boleh dibuat memandangkan tidak ada ketetapan hitam dan putih mengenai perihal tersebut,” katanya.
Menyentuh mengenai keanggotaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Lembaga Pengampunan bagi kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Jahaberdeen memaklumkan, kedudukan Anwar bukan atas kapasiti Perdana Menteri.
Sebaliknya, menurut beliau, keanggotaan Anwar adalah bagi memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan iaitu untuk melantik Menteri yang bertanggungjawab bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Memandangkan hal ehwal Wilayah Persekutuan sudah ditukar menjadi sebuah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri, maka keanggotaan itu diisi oleh Anwar, katanya.
Pada Sabtu, Anwar mengesahkan beliau akan menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses penilaian permohonan Pengampunan Diraja Najib.
Pengesahan itu sedikit sebanyak memberi bayangan bahawa beliau akan menjadi salah seorang yang berada dalam Lembaga Pengampunan bagi permohonan berkenaan.
Agenda AWANI: Pengampunan Diraja, Fahami Betul-Betul
Pantau Kerajaan Baharu di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Najib Razak
#lembaga pengampunan
#Pengampunan Diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan