Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi mengangkat status Lembah Bujang di Merbok sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata jawatankuasa berkenaan akan mengadakan rundingan bersama Pesuruhjaya Warisan dan Kebudayaan, kerajaan negeri sebelum kertas kerja dibentangkan ke Kabinet.
"Kami tidak boleh buat sendirian. Kita akan edar poin-poin ataupun natijah natijahnya, kemudian kita akan lakarkan naratif justifikasinya dan juga sedikit sebanyak kosnya, sebab kalau kita banyak rancangan tanpa belanjawan, ianya tidak jadi.
"Ini masa depan negara. Jadi kita harus wujudkan Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia dengan muktamad," katanya pada majlis penyerahan siap kerja menaik taraf Galeri Pameran Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini hari ini.
Beliau berkata menjadi satu kerugian apabila Lembah Bujang dibiarkan tanpa status Tapak Warisan Dunia dari UNESCO kerana tapak Arkeologi di Sungai Batu, telah pun diiktiraf sebagai tapak tamadun awal dan tertua di Asia Tenggara pada Mei lalu.
"Kerajaan pusat harus beri pandangan lebih luas agar Lembah Bujang diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia sebab Lembah Bujang lebih tua daripada Melaka, lebih tua dari Borobodur di Indonesia dan juga lebih tua dari Angkor Wat di Kemboja yang terbina abad ke-9," kata Rais.
Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dapat melihat perkara itu dengan serisu dan mempercepatkan prosesnya agar khazanah yang terdapat di Lembah Bujang dapat direkodkan lebih banyak.
"Ini kita jadikan misi pada tahun depan dan kita tidak hanya bercakap luaran dan sedap-sedap beri ceramah saja dengan kesunguhan dari kerajaan pusat dan negeri, maka keadaan di Lembah Bujang akan lebih mantap.
"Selepas ini kita mungkin dapat membawa masuk pakar arkeolgi yang hebat dan naratif sejarah yang muktamad berhubung kajianaya disebabkan sebahagian besar artifak di Lembah Bujang belum lagi diradiokarbonkan tarikhnya. Jadi kita perlu dapat khidmat penarihan artifak yang lain," katanya .
Lembah Bujang yang terletak di Gunung Jerai, Kedah adalah yang tertua di Asia Tenggara.
Ia diiktiraf pada bulan Mei lalu di Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang sebagai Tapak Tamadun Awal dan Tertua di Asia Tenggara.
Pengiktirafan diberikan oleh Profesor Stephen Oppenheimer dari University Oxford, kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Mokhtar Saidin.
Malah diakui lima pakar arkelogi yang mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rom.
Kajian pakar juga mengesahkan tapak arkelogi Sungai Batu berusia 2,000 tahun dan jauh lebih tua daripada Angkor Wat di Kemboja yang dibina pada kurun ke-12, berusia 900 tahun dan Chandi Borobodur di Indonesia kurun ke-9 iaitu 1,200 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2016
Adalah satu kerugian apabila Lembah Bujang dibiarkan tanpa status Tapak Warisan Dunia dari UNESCO kerana tapak Arkeologi di Sungai Batu, telah pun diiktiraf sebagai tapak tamadun awal dan tertua di Asia Tenggara pada Mei lalu. - Foto Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Lembah Bujang perlu diangkat Tapak Warisan Dunia UNESCO - Rais Yatim
Satu jawatankuasa khas akan adakan rundingan bersama Pesuruhjaya Warisan dan Kebudayaan, kerajaan negeri sebelum kertas kerja dibentang ke Kabinet.