NATIONAL
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP

Tangkap layar di media sosial menunjukkan dua ekor lembu terlepas di LDP dan seekor daripadanya dipercayai dilanggar sebuah kenderaan. -Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Dua ekor lembu yang berkeliaran di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat sini pada Ahad dipercayai terlepas dari kawasan surau berhampiran.
Ringkasan AI
- Dua ekor lembu yang berkeliaran di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada Ahad dipercayai terlepas dari kawasan surau berhampiran.
- Kejadian turut menyebabkan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi, namun tiada sebarang kecederaan kepada pemandu kenderaan.
- Polis Daerah Petaling Jaya sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini dan orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
"Kejadian ini dipercayai berlaku ekoran dua ekor lembu tersebut telah terlepas dari kawasan surau berhampiran dan masuk ke LDP berhampiran Paradigm Mall menghala ke Puchong.
"Hasil siasatan awal mendapati insiden ini telah menyebabkan satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.
"Bagaimanapun, kemalangan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada pemandu kenderaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Shahrulnizam berkata, pihaknya memohon perakam insiden berkenaan untuk tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membantu siasatan.
Menurutnya, individu perakam kejadian terbabit turut diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704.
Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu masih diteruskan di bawah Undang-Undang 33(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pihak polis mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami