awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesatuan Pekerja Hyundai bantah penggunaan robot Atlas di kilang pengeluaran
Pengunduran daripada jawatan dalam FAM langkah perlu - Pemerhati bola sepak
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lencongan sementara di lebuh raya Sungai Besi dan Persimpangan UPM tengah malam ini - PLUS

Bernama
Bernama
18/07/2025
06:30 MYT
Lencongan sementara di lebuh raya Sungai Besi dan Persimpangan UPM tengah malam ini - PLUS
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan sepanjang tempoh tersebut dan mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.
KUALA LUMPUR: Lencongan jalan sementara akan diaktifkan secara berperingkat untuk semua pengguna lebuh raya melibatkan laluan antara Plaza Tol Sungai Besi dan Persimpangan UPM di KM309.7 (kedua-dua arah) bagi kerja-kerja pelancaran struktur gantri, tengah malam ini.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan kerja-kerja itu akan dilaksanakan mulai 12.01 tengah malam ini hingga 5 pagi esok.
"Dalam tempoh itu, pengguna lebuh raya dari Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Selatan/UPM/Kajang/Bangi akan dilencongkan ke laluan Stesen Minyak BHP selepas laluan masuk Plaza Tol Sungai Besi.
"Pengguna dari arah Bangi/Kajang yang menghala ke Kuala Lumpur/Sungai Besi akan dilencongkan keluar di Plaza Tol UPM dan seterusnya menggunakan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) sebagai laluan alternatif," menurut PLUS dalam kenyataan.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan sepanjang tempoh tersebut dan mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.
Maklumat trafik terkini boleh diperoleh menerusi Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik dan Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 bagi sebarang bantuan kecemasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#lencongan jalan
#Plaza Tol Sungai Besi
#Persimpangan UPM
#Lebuhraya Sungai Besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan