MALAYSIA
Lepas air sisa berbuih, JAS Kedah arah kilang sarung tangan henti operasi

Sebuah kilang sarung tangan getah di Kulim Hi-Tech dihentikan operasinya oleh JAS Kedah selepas didapati melepaskan air sisa berbuih ke dalam sistem longkang awam, mencemarkan alam sekitar dan mengancam kesihatan awam. -Jabatan Alam Sekitar
ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah telah menahan operasi sebuah kilang sarung tangan getah selepas didapati melepaskan air sisa berbuih di Kulim Hi-Tech, semalam.
Ringkasan AI
- Sebuah kilang sarung tangan getah di Kulim Hi-Tech dihentikan operasinya oleh JAS Kedah selepas didapati melepaskan air sisa berbuih ke dalam sistem longkang awam, mencemarkan alam sekitar dan mengancam kesihatan awam.
- Tindakan penahanan operasi dilakukan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan siasatan dibuka di bawah Seksyen 25 akta sama yang boleh membawa hukuman penjara hingga lima tahun dan denda sehingga RM10 juta.
- Orang awam digalakkan membuat aduan pencemaran melalui talian bebas tol JAS atau sistem e-aduan dalam talian.
"Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar tetapi berpotensi mengancam ekosistem air dan kesihatan awam.
"Sebagai tindakan segera, JAS telah melaksanakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan itu bertujuan menghentikan serta-merta aktiviti pencemaran yang dilakukan oleh kilang terbabit.
"Selain itu, satu kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024).
"Jika sabit kesalahan, pihak kilang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM10 juta," katanya.
Beliau berkata orang awam yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 dan sistem e-aduan JAS iaitu eaduan.doe.gov.my.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami