awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Les Copaque menang dua anugerah di Jakarta

Bernama
Bernama
24/12/2015
00:35 MYT
Les Copaque menang dua anugerah di Jakarta
Les Copaque, studio animasi terulung di Malaysia telah memenangi anugerah 'Watak Kartun Yang Paling Diminati" dan "Kartun Yang Paling Diminati" di Anugerah Ibu dan Anak 2015, Jakarta. - Gambar fail
Les Copaque, studio animasi terulung di Malaysia telah memenangi anugerah 'Watak Kartun Yang Paling Diminati" dan "Kartun Yang Paling Diminati" di Anugerah Ibu dan Anak 2015, Jakarta melalui siri animasinya yang terkenal, Upin Ipin, menewaskan calon-calon lain dengan bilangan undi SMS tertinggi.
Pengarah Kreatif Multimedia, Perbadanan Pembangunan Multimedia Hasnul Hadi, yang mengucapkan tahniah kepada Les Copaque, berkata perbadanan itu berharap pengiktirafan yang diterima oleh studio itu akan memberikan inspirasi kepada lebih banyak studio animasi tempatan untuk mempunyai impian besar dan menjadikan Malaysia bangga.
Sementara itu, Pengarah Urusan Les Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, studio tersebut berasa terharu dengan pencapaian itu dan akan terus berusaha untuk kecemerlangan dalam apa yang dilakukan.
"Misi kami adalah untuk memberikan yang terbaik dalam mewujudkan animasi bertaraf dunia dan kami menyeru mereka yang terlibat dalam industri ini untuk menyertai kami dalam membawa standard animasi tempatan ke tahap yang lebih tinggi," katanya.
Sebagai sebuah syarikat berstatus MSC, Les Copaque telah diasaskan pada 2005 bagi menerajui industri animasi Malaysia dan memberi peluang kepada graduan tempatan untuk mempamerkan bakat mereka.
Studio yang telah memenangi anugerah ini memperkenalkan buat pertama kalinya, siri Upin Ipin pada 2007 yang membawa kepada pelbagai anugerah dan diikuti dengan kemunculan antarabangsa di Disney Channel Asia pada 2009.
Topic Berkaitan
#animasi
#hasnul hadi
#Jakarta
#kartun
#Les Copaque
#Upin Ipin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan