awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ

Bernama
Bernama
15/07/2024
22:30 MYT
Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ
Teks atau bahan al-Quran tidak boleh ditulis selain daripada bahasa Arab ataupun ditulis dalam bahasa lain yang disertakan dengan teks bahasa Arab. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) memutuskan pemegang Lesen Mesin Cetak al-Quran (LMCQ) akan dikenakan tindakan pembatalan lesen mesin cetak al-Quran sekiranya melanggar mana-mana syarat lesen, garis panduan atau Akta Percetakan Teks al-Quran (APTQ).
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri Nik Yusaimi Yussof berkata syarikat atau mana-mana pihak yang telah dibatalkan lesen tidak boleh memohon lesen baharu selama tempoh dua tahun dari tarikh dibatalkan.
"Hanya syarikat atau mana-mana pihak melepasi kelayakan dan mempunyai kemampuan untuk menghasilkan al-Quran sebagaimana Garis Panduan Permohonan Lesen Mencetak Teks al-Quran akan diberi lesen.
"Teks atau bahan al-Quran tidak boleh ditulis selain daripada bahasa Arab ataupun ditulis dalam bahasa lain yang disertakan dengan teks bahasa Arab," katanya.
Perkara tersebut diputuskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) dalam mesyuarat LPPPQ Kali Ke-111 Bilangan 2 2024 pada Ahad lepas, yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPPPQ Datuk Nooh Gadot.
Nik Yusaimi berkata keputusan itu dibuat selaras dengan keseriusan pihak berkaitan itu menjaga kesucian dan kemuliaan teks al-Quran agar tidak disebut dengan sebutan salah yang boleh memberi maksud berbeza daripada maksud asal.
Beliau berkata pada mesyuarat tersebut juga terdapat persetujuan supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalankan sinergi dengan agensi agama negeri bagi meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap isu-isu yang menjejaskan kesucian dan kemuliaan al-Quran.
Dalam perkembangan lain, Nik Yusaimi berkata pelaksanaan program berimpak 'Jom Exchange al-Quran' (JEQ) di seluruh negara dalam menjayakan misi 'Ke Arah Sifar al-Quran Tiada Perakuan KDN' sehingga Jun tahun ini, telah berjaya menarik keluar secara sukarela daripada komuniti sejumlah 16,719 naskhah al-Quran tiada perakuan KDN dan pelbagai kesilapan pada ayat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cetak Al-Quran
#lesen batal
#langgar syarat
#KDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan