awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan dalam kes gaduh adik-beradik berpunca daripada mercun - Polis

Bernama
Bernama
24/02/2024
09:30 MYT
Letupan dalam kes gaduh adik-beradik berpunca daripada mercun - Polis
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. - Gambar hiasan
KUCHING: Bunyi letupan dalam kes video tular pergaduhan antara adik-beradik di Jalan Batu Kawa-Matang di sini, baru-baru ini bukan berpunca daripada letupan senjata api.
Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata sebaliknya bunyi letupan itu adalah berpunca daripada bunyi mercun.
"Daripada siasatan serta keterangan saksi yang ada mengesahkan bahawa bunyi meletup itu adalah bunyi mercun yang dibakar daripada pihak yang terlibat dalam insiden pergaduhan itu.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta sebenar kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam dan mengganggu siasatan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, Abang Zainal Abidin dilaporkan berkata pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada seorang pengadu berumur 30-an mengenai insiden pergaduhan itu pada 22 Feb lepas.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Beberapa orang suspek telah dikenal pasti dan Op Cantas telah dilancarkan untuk menangkap semua suspek terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes gaduh
#pergaduhan adik-beradik
#bunyi letupan
#senjata api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan