awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di Beirut: Agong nasihat rakyat Malaysia di Lubnan berhati-hati

Fareez Azman
Fareez Azman
05/08/2020
08:16 MYT
Letupan di Beirut: Agong nasihat rakyat Malaysia di Lubnan berhati-hati
Al-Sultan Abdullah turut mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia di Lubnan terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman dan kesusahan serta dikurniakan rahmat serta keselamatan. -Gambar fail
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat Malaysia di Beirut supaya mengambil langkah berhati-hati susulan tragedi letupan di pelabuhan bandar itu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menasihati kakitangan kedutaan serta pelajar Malaysia agar berada di rumah bagi mengelak sebarang risiko keselamatan.
"Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat Malaysia di Beirut, khususnya kakitangan kedutaan dan pelajar-pelajar Malaysia, supaya sentiasa berwaspada, memantau perkembangan terkini dan berada di dalam rumah untuk mengelakkan sebarang risiko kepada keselamatan diri sehingga situasi kembali normal.
"Baginda juga menyarankan rakyat Malaysia di Lubnan untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Beirut untuk sebarang bantuan, pertanyaan dan maklumat terkini serta mematuhi semua perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Lubnan demi keselamatan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ahmad Fadil berkata, sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), baginda turut menitahkan anggota Pasukan Pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang ditempatkan di Lubnan sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri ketika bertugas.
Pasukan MALBATT titahnya, perlu berada dalam keadaan bersedia untuk memberikan bantuan bencana dan kemanusiaan selain menghadapi sebarang kemungkinan.
Baginda turut mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia di Lubnan terus dilindungi daripada semua ancaman dan kesusahan serta dikurniakan rahmat serta keselamatan.
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah
#Angkatan Tentera Malaysia
#keselamatan
#letupan Beirut
#lubnan
#MALBATT 850-7
#Media
#Pasukan
#rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan