awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli politik veteran UK Galloway puji sokongan Malaysia terhadap Palestin
Sasaran IMF perlu disemak semula susulan impak siklon - Bank Pusat Sri Lanka
Mogok terbesar dalam sejarah New York susulan kegagalan rundingan kontrak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di universiti swasta: Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga

Bernama
Bernama
13/01/2026
10:22 MYT
Letupan di universiti swasta: Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga
Mayat pelajar praktikal UTAR dituntut keluarganya hari ini untuk urusan pengebumian. -Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Mayat pelajar praktikal Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang maut dalam kejadian letupan gas penyaman udara di HELP University, Bukit Damansara, semalam telah dituntut oleh keluarganya hari ini.

Ringkasan AI
  • Keluarga pelajar UTAR yang maut dalam letupan gas di HELP University menuntut mayat mangsa di Jabatan Forensik, HKL.
  • Dekan UTAR turut hadir untuk bertemu keluarga mangsa dan menyatakan keluarga berterima kasih atas liputan media.
  • Mangsa dikenali sebagai Soo Yu Juan, pelajar tahun tiga Kursus Kejuruteraan Mekanikal yang sepatutnya menamatkan latihan industri pada Khamis.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Keluarga mangsa hadir ke Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2.45 petang sebelum meninggalkan kawasan itu pada 3.55 petang.
Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTAR Prof Chang Yoong Choon turut hadir untuk bertemu keluarga mangsa.
Chang yang mewakili keluarga mangsa berkata keluarga pelajar itu berterima kasih atas liputan media, bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pengebumian.
"Ahli keluarga tidak memberikan kebenaran kepada saya untuk mendedahkan lokasi pengebumian. Jadi bagi pihak universiti, sebahagian pengurusan universiti bersama beberapa rakan baiknya akan memberikan penghormatan terakhir kepada pelajar itu semasa pengebumian," katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik, HKL hari ini.
Dalam kejadian pada 11.40 pagi semalam, seorang maut, manakala sembilan cedera termasuk empat pelajar dalam kejadian letupan gas penyaman udara di Help University.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Soo Yu Juan, berusia 24 tahun.
Mangsa ialah pelajar tahun tiga Kursus Kejuruteraan Mekanikal dan sepatutnya menamatkan latihan industrinya pada Khamis ini.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang menuntut mayat pelajar praktikal UTAR yang maut dalam kejadian letupan gas penyaman udara di HELP University? A: Keluarga mangsa telah menuntut mayat tersebut.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil keluarga mangsa selepas menghadiri Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur? A: Keluarga mangsa meninggalkan kawasan pada 3.55 petang tanpa mendedahkan lokasi pengebumian.
  • Q: Berapakah jumlah mangsa dalam kejadian letupan gas penyaman udara di Help University? A: Terdapat seorang mangsa yang maut dan sembilan cedera termasuk empat pelajar dalam kejadian tersebut.
  • Q: Siapakah mangsa yang maut dalam kejadian tersebut dan apakah kursus yang diikuti? A: Mangsa yang maut dikenali sebagai Soo Yu Juan, seorang pelajar tahun tiga Kursus Kejuruteraan Mekanikal di UTAR.
  • Q: Apakah tindakan yang akan diambil universiti dalam menghormati pelajar yang meninggal dunia? A: Sebahagian pengurusan universiti bersama beberapa rakan baiknya akan memberikan penghormatan terakhir semasa pengebumian pelajar yang meninggal dunia.

Topic Berkaitan
#pelajar UTAR
#Jabatan Forensik
#letupan gas
#Help university
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan