TEHRAN: Hospital di ibu negara Iran, Tehran, mengisytiharkan darurat pada Sabtu selepas serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel menggegarkan bandar itu, menurut Kementerian Kesihatan Iran yang dipetik agensi berita Anadolu daripada akhbar tempatan.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Hossein Kermanipour memberitahu agensi berita rasmi IRNA bahawa langkah kecemasan telah diaktifkan susulan letupan di beberapa bahagian ibu negara tersebut.
Advertisement
Beliau berkata ambulans telah dihantar ke lokasi di mana letupan dilaporkan berlaku, sambil menambah bahawa jumlah mangsa akan diumumkan kemudian.
Walaupun Israel melancarkan serangan "pencegahan" yang dinamakan "Lion's Roar", Presiden AS Donald Trump berkata pasukannya telah melancarkan "operasi tempur besar-besaran di Iran" yang bertujuan untuk "menghapuskan ancaman segera daripada rejim Iran". Beliau mengulangi bahawa Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear.
-- BERNAMA