awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan kuat depan sekolah di Padang Besar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/08/2023
08:02 MYT
Letupan kuat depan sekolah di Padang Besar
Polis menerima laporan kejadian yang dipercayai berlaku di luar pagar sekolah itu jam 7.30 pagi. - Gambar hiasan
PADANG BESAR: Satu letupan kuat dilaporkan berlaku di hadapan sebuah sekolah di Padang Besar di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian yang dipercayai berlaku di luar pagar sekolah itu jam 7.30 pagi.
“Polis menerima maklumat daripada pengawal keselamatan yang memaklumkan mendengar bunyi letupan kuat di bahagian hadapan luar pagar sekolah pada jam sekitar 4 pagi.
“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar bersama pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dikerah ke tempat kejadian.
"Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati letupan berpunca daripada sebuah objek dipercayai buatan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai diperbuat daripada paip besi.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan.
“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.
Mohd Shokri menasihatkan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis selain mengganggu ketenteraman awam.
Topic Berkaitan
#padang besar
#letupan
#depan sekolah
#Mohd Shokri Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan