KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu kelewatan pelajar antarabangsanya menerima visa.
Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan) UIAM, Prof Dr Ahmad Faris Ismail berkata, pihak universiti sentiasa memandang serius perkara tersebut.
“Yakinlah pihak universiti memandang serius perkara ini dan insya-Allah isu ini akan selesai segera.
“Semoga pelajar yang terjejas terus bersabar dan berdoa kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan urusan.
“Semua kemas kini terkini mengenai perkara ini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram rasmi universiti tersebut pada Isnin.
Astro AWANI pada Ahad melaporkan lebih 300 pelajar antarabangsa UIAM mendakwa sudah lebih lima bulan berdepan kelewatan menerima visa, menyebabkan mereka tidak dapat melakukan perjalanan atau pulang ke negara masing-masing.
BACA: Pelajar antarabangsa UIAM dakwa lebih lima bulan lewat terima visa
Kebanyakan pelajar yang dipercayai dari Asia Barat, Afrika dan beberapa negara Asia, termasuk Singapura dan Thailand, cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan, bagaimanapun masih menemui jalan buntu.
Menurut bekas Exco Hal Ehwal Antarabangsa Kesatuan Mahasiswa UIAM, Abdurahman Baaqeel, isu tersebut berlaku dipercayai kerana masalah komunikasi antara Bahagian Unit Visa UIAM dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Astro Awani
Mon Jul 18 2022
Astro AWANI melaporkan lebih 300 pelajar antarabangsa UIAM mendakwa sudah lebih lima bulan berdepan kelewatan menerima visa. - Gambar hiasan
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah
Tunku Azizah kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Alumni UIAM mohon PM umum segera rektor baharu
Menurut Presidennya, Khalik Awang, kekosongan rektor untuk tempoh yang lama adalah sesuatu yang tidak baik dari segi tatakelola.
UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan institusi itu berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang.
Permaisuri Agong berangkat ke majlis penutupan ulang tahun ke-40 UIAM
Tunku Azizah turut berkenan menyaksikan sumbangan RM40,000 yang disampaikan oleh Samsudin kepada Ketua Pelajar Palestin di universiti itu.
Raja Permaisuri Agong rasmi Konvokesyen UIAM ke-39
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan sidang pertama majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-39.
ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.
UIAM penganjur lokasi perdana World #QuranHour
UIAM sebagai tuan rumah sejak 2016 mengalu-alukan kerjasama penganjuran WUIF dan Nu Ideaktiv untuk menjayakan program itu tahun ini.
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Vila ARAH MAKNA
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat merasmikan Vila ARAH Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Gombak.
Anwar sempurnakan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Abdulhamid Abusulayman di UIAM
Persidangan tersebut dianjurkan oleh International Institute for Muslim Unity UIAM dengan kerjasama IIIT UIAM and FairFax University of America.
Raja Permaisuri Agong berkenan buka sidang pertama majlis Konvokesyen UIAM ke-38
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membuka sidang pertama Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ke-38 hari ini.