Astro Publication
Tue Mar 01 2016
Lexus Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model GS generasi keempat sekarang mempunyai enam varian menerusi kemas-kini yang diberikan. Varian-varian ini adalah GS 300h Hybrid, GS 350 F Sport, dan GS 350 Luxury. Selain itu terdapat juga GS 200t F Sport, GS 200t Luxury, dan GS 200t Premium.
Di sini kita dapat perhatikan bahawa langkah kemas-kini GS ini disertai penggunaan enjin turbo dengan kapasiti 2.0-liter baharu Lexus bagi varian ‘200t’. Enjin 8AR-FTS ini mempunyai pengecas turbo dwi-skrol dan intercooler yang menjana sehingga 241hp pada 5,800rpm dan tork sebanyak 350Nm antara 1,650rpm sehingga 4,400rpm. Prestasi ini adalah penambahan 17% kuasa kuda dan 38% untuk tork berbanding enjin 2.5-liter yang digunakan GS 250 dahulu.
Antara keunikan enjin 8AR-FTS ini adalah ia boleh menyampaikan petrol terus ke dalam silinder (direct injection), ataupun sebelum injap (port injection). Kualiti dinamik ini membolehkan kereta optimakan penggunaan bahan api mengikut beban enjin.
Pengguna yang mahukan penjimatan tambahan boleh menggunakan ciri ‘Power Saving Control’ yang mengawal injap solenoid selain kuasa yang dihasilkan komponen alternator.
Lexus GS 300h Hybrid pula menggunakan enjin 2.5-liter 2AR-FSE yang dilengkapi sistem pancitan bahan api generasi terkini D-4S yang beroperasi dengan tekanan lebih tinggi. Kotak gear yang digunakan adalah jenis E-CVT yang dihasilkan khusus untuk sistem pacuan hibrid.
Varian GS 350 dan GS 200t pula menggunakan transmisi ‘Sports Direct Shift’ (SPDS) 8-kelajuan, sebelum kuasa ini dibekalkan kepada kedua-dua roda belakang.
Walaupun mempunyai kotak gear sama, enjin mereka tetap berbeza. GS 350 mendapat kuasa daripada enjin 2GR-FKS sepertimana yang digunakan sebelum ini. Unit V6 ini berkapasiti 3.5-liter, yang dipertingkatkan sedikit untuk memberi penjimatan bahan api.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Lexus Malaysia kemas-kini model GS; sekarang dengan enam varian
Varian-varian ini adalah GS 300h Hybrid, GS 350 F Sport, dan GS 350 Luxury. Terdapat juga GS 200t F Sport, Luxury, dan Premium