awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN kesan 31,598 entiti tidak lapor pendapatan sebenar

Bernama
Bernama
14/06/2022
07:24 MYT
LHDN kesan 31,598 entiti tidak lapor pendapatan sebenar
LHDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan cukai seperti audit, siasatan sivil dan siasatan jenayah terhadap entiti dan individu berkenaan.
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengesan sebanyak 31,598 entiti terdiri daripada individu, perniagaan, syarikat dan lain-lain yang masih tidak melaporkan pendapatan sebenar.
LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata amaun ketirisan cukai langsung yang dialami oleh negara dianggarkan bernilai RM665 juta dan nilai anggaran ketirisan ini merupakan satu amaun yang signifikan dan mampu memberi impak negatif kepada kestabilan ekonomi negara jika ia tidak segera dibendung.
Ia menambah pengesanan entiti ini dibuat berdasarkan maklumat melalui pemilikan aset dan kemampuan entiti tersebut mengambil pinjaman/sekuriti melebihi RM500,000.00 dan ke atas.
"Bagi tujuan tersebut, tempoh masa yang diberikan kepada mereka untuk mengambil tindakan seperti yang dinasihatkan ialah selama satu bulan iaitu bemula dari 15 Jun 2022 sehingga 15 Julai 2022," katanya.
Setelah tempoh sebulan ini tamat, LHDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan cukai seperti audit, siasatan sivil dan siasatan jenayah terhadap entiti dan individu berkenaan yang masih gagal patuh menghantar Borang Nyata Cukai bagi sesuatu Tahun Taksiran, mengemukakan penyata yang salah, dan mengelakkan diri daripada dikenakan cukai.
"Tindakan siasatan jenayah akan memberi implikasi pendakwaan di mahkamah. Ketidakpatuhan dan pelarian cukai ini dikenakan tindakan mengikut kesalahan di bawah Seksyen 112, 113 dan 114 Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#ketirisan cukai
#tidak lapor cukai
#borang nyata cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan