MALAYSIA
LHDN kesan 321 individu tidak bayar cukai RM1.75 bilion

LHDN menyeru pembayar cukai agar mengemukakan maklumat tepat dan terkini bagi mengelakkan penalti berat serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan sebanyak 321 kes ketidakpatuhan membayar cukai oleh individu dengan nilai RM1.75 bilion, antara 1 Januari 2024 sehingga 31 Ogos tahun ini.
Ringkasan AI
- LHDN mengesan 321 individu dan 1,033 syarikat tidak patuh membayar cukai antara Januari hingga Ogos 2025, melibatkan jumlah keseluruhan RM16.95 bilion.
- Ketidakpatuhan dikesan melalui analisis risiko percukaian, audit dan siasatan berasaskan data serta teknologi analitik, dengan sokongan kerjasama agensi penguatkuasaan.
- LHDN menyeru pembayar cukai agar mengemukakan maklumat tepat dan terkini bagi mengelakkan penalti berat serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Selain itu ia diikuti pelaksanaan audit dan siasatan berdasarkan sumber maklumat dan teknologi analitik.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Abu Tariq Jamaluddin, berkata kejayaan itu adalah hasil gabungan pendekatan berasaskan data, penggunaan teknologi terkini serta kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi penguatkuasaan.
Ia telah memperkukuh keupayaan LHDN dalam melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan.
Justeru, Abu Tariq menyeru pembayar cukai agar tidak menunggu sehingga ketidakpatuhan mereka dikesan melalui audit atau siasatan, yang akan menyebabkan penalti yang lebih tinggi dikenakan.
“HASiL (LHDN) ingin menasihatkan semua pembayar cukai agar sentiasa memastikan maklumat percukaian yang dikemukakan adalah tepat, lengkap, dan terkini bagi mengelakkan penalti yang lebih berat serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
“HASiL percaya melalui penguatkuasaan yang konsisten serta penggunaan teknologi terkini dan progresif, rangka kerja fiskal yang lebih adil dan berdaya tahan dapat dibina untuk menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang serta kesejahteraan rakyat,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami