BATU CAVES: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mesti bersih tanpa campur tangan mana-mana pihak dalam pengurusan lembaga itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan, ia penting bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk 'lari' daripada membayar cukai.
"Ini bermakna tata kelola kita kena urus dengan betul, guna kuasa bantu rakyat. Hasilnya Januari hingga April, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 5.6 peratus, lagi tinggi daripada China, Vietnam dan Indonesia.
"LHDN lapor kutipan cukai juga bertambah. Dari mana bertambah? Orang yang dulu curi-curi tak bayar cukai, semua sekarang bayar cukai. Orang bawah bayar cukai, orang kaya di atas bayar buku akaun tiga empat, dia lari daripada cukai.
"Tapi sekarang Alhamdulillah, sekarang dia tahu tak boleh sogok pemimpin, maka LHDN harus bersih betul-betul dan hasil yang kita peroleh itu meningkat," katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI peringkat Selangor di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu Anwar memberitahu, tata kelola yang baik pada ketika ini membuat pelabur asing termasuk China datang melabur di negara ini.
Kira-kira 20,000 pengunjung memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani berkenaan.
Lokasi itu juga penutup tirai setelah sambutan menjelajah lima negeri sejak hujung bulan lalu.
Astro Awani
Sun May 14 2023
Anwar bersama hadirin ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI Selangor 2023 di Taman Sri Gombak. - Gambar Bernama
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
LHDN umum penutupan operasi selama dua hari semasa Aidilfitri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan semua pejabat agensi itu di seluruh negara akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis ini.
LHDN sekat perjalanan lebih 180,000 individu akibat tunggakan cukai - MoF
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengambil tindakan sekatan perjalanan ke atas 182,666 individu sejak undang-undang mengenainya dikuatkuasakan sehingga 29 Februari 2024.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Perubahan waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDN sepanjang Ramadan
HASiL memaklumkan perubahan waktu operasi kaunter perkhidmatan HASiL sepanjang bulan Ramadan mulai 12 Mac 2024-9 April 2024 tahun 2024/1445H.
MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya
Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini.
'Kalau tak bayar cukai, geledah dan ambil tindakan' - PM Anwar
Menteri Kewangan itu menambah, agensi berkenaan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan termasuk jika perlu menggeledah ke atas mereka yang tidak membayar cukai.
Perkhidmatan e-Filing bagi tahun taksiran 2023 bermula hari ini
Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-Filing mulai hari ini (1 Mac).
90 syarikat setuju sertai projek rintis e-invois - CEO LHDN
LHDN akan melaksanakan projek rintis sistem invois elektronik (e-invois) melibatkan sebanyak 90 syarikat bermula Mei depan.