KUANTAN: "Ini adalah satu lagi percubaan untuk memburukkan PN (Perikatan Nasional) dan helah politik murahan parti lawan," kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa kerajaan menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai alat untuk memberikan imej buruk kepada PN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Menurutnya, malah, serbuan pegawai di kediaman Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Khamis dikatakan seperti tindakan terdesak oleh kerajaan.
"Saya andai ini adalah helah politik murahan ketika PH-DAP-BN (Barisan Nasional) 'desperate' untuk berhadapan dengan PRN.
"Ketika ini tak berkesan sebagai kerajaan dan harus memburuk-burukkan pimpinan kanan dalam Bersatu dan dalam PN, dan inilah yang sedang berlaku," katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas berita mengenai serbuan oleh pegawai LHDN di rumah Hamzah di Damansara, Kuala Lumpur.
Dilaporkan, dalam serbuan dan penggeledahan malam semalam itu, beberapa dokumen turut dirampas.
Ahli Parlimen Indera Mahkota mengakui ada menghubungi Hamzah bagi mendapatkan gambaran cerita sebenar yang berlaku.
"Yang dikatakan hendak disiasat itu adalah perkara yang sama yang disiasat sebelum ini.
“Soalnya apa dia niat di sebalik siasatan tersebut dan kenapa keluar media? Dari mana punca keluarnya cerita itu kepada media? Betulkan dari LHDN atau dari pejabat lain?
"Yang saya tahu berita itu bukan keluar dari LHDN, dari pejabat lain," katanya.
Media pada Khamis melaporkan rumah Ketua Pembangkang itu diserbu dan digeledah oleh pegawai dari LHDN.
Pada Februari lalu, Ahli Parlimen Larut itu menuduh kerajaan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat politik selepas agensi terbabit membekukan akaun Bersatu.
Beliau kemudiannya menafikan terbabit dengan kes rasuah berjumlah RM15 juta selepas namanya terdapat dalam kertas pertuduhan terhadap ahli perniagaan, Sim Choo Thiam.
Choo Thiam didakwa pada Mei lalu atas tuduhan meminta RM15 juta daripada seorang ahli perniagaan Hep Kim Hong, pada Jun 2021.
Pendakwa Raya berkata, wang itu sebagai dorongan untuk Hamzah membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn Bhd mendapatkan projek daripada kementeriannya.
Choo Thiam juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan menerima RM15 juta untuk mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan itu.
Hamzah berkata, pertuduhan mengaitkannya sengaja dibuat untuk mencemar namanya sebagai bekas menteri di kementerian itu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 16 2023
Saifuddin mengakui ada menghubungi Hamzah bagi mendapatkan gambaran cerita sebenar yang berlaku. - Fail/Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.